| Hashim Abdullah |
|
Berucap pada ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau, di Jengka 21, dekat sini, semalam Mahfuz berkata kejadian yang berlaku akhir-akhir ini termasuk kehilangan injin jet dan hubungan kerajaan dengan APCO Worldwide menunjukkan pemimpim Umno tidak peka dengan isu keselamatan yang menjadi kebimbangan rakyat. “Kita melihat tindakan pemimpin pemerintah Umno telah meresahkan rakyat kerana isu keselamatan negara yang terdedah kepada ancaman luar. “Kerajaan gagal memberikan jawapan terhadap hubungannya dengan APCO sebuah syarikat dikuasai Yahudi zionis Israel yang menyalurkan perkhidmatan yang membabitkan maklumat strategi. “Dulu injin jet pejuang kita hilang, kini maklumat strategi kita juga boleh terdedah kepada ancaman luar. Ini isu besar yang membabitkan isu keselamatan negara.. Kita bimbang keadaan ini memperlihatkan institusi keselamatan dan pertahanan negara yang sepatutnya kebal telah tidak kebal dan boleh dibolosi,” katanya. |
Sunday, April 4, 2010
Umno dedahkan negara kepada ancaman
Subscribe to:
Comments (Atom)